
salam....
hye semua apo kabo? wuh penatyer cek arini sebab baru balik dari camping polibridged.Seronok jugak join aktivi2 yang dah di atur.Semalam la aktiviti yang paling menakutkan.Aku join aktiviti "nite walk alone"..huhuhu...takot..
Nasiblah sape yang pergi pas ni..pasti dia orang akn dpt kenangan bersama hantu2 poli..hehehe.Ala tu semua hanya hantu rekaan semata-mata.Tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati..Aku nie tak adalah berani mane..tapi syukurlah semua perjalanan ku selamat..kepada kawan2 yang bakal pergi,cek nak nasihatkan..kat sane nanti jaga mulut,jaga diri,yang penting ingat ALLAH selalu.DIA-lah yang maha berkuasa..
Sunday, October 26, 2008
penatnyer
Posted by ciciku at 6:38 AM 0 comments
Labels: saje2
Thursday, October 23, 2008
TENSION!!!!!!
apelah nak jadik ngan blog nie...tak siap2..
dari mula sampai sekarang cuma tau ciket2 jerk..
pening la wat blog nie..tak ciap2...
kepala wa slalu pusing bikin wa naik gila pun ada..
Posted by ciciku at 6:56 PM 0 comments
Labels: pening2
Monday, October 20, 2008
Monday, October 13, 2008
PaNtUn AlTraMaN...

PaNtuN JePuN
Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?
Sekian. Time kasih,,
hahahaha!
Posted by ciciku at 9:28 PM 0 comments
SeLaLuLaH bErFiKiRaN "POSITIF"

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).
Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!". Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abuterus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of.
It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe
Posted by ciciku at 8:31 PM 0 comments
Labels: lawak..hua..hua..uhuk..
Monday, October 6, 2008
ANTARA SUKA DAN CINTA

Antara Suka n cinta
Di hadapan orang yang kita cinta, hati akan berdegup kencang, tapi
di depan orang yang kita suka, hati akan gembira....
di hadapan orang yg kita cinta, musim berbunga-bunga, tapi
di depan orang yang kita suka, musim berangin sahaja...
jikalau kita lihat di dlm mata org yg kita cinta, kita akan kaku
jikalau kita lihat di dlm mata og yg kita suka, kita akan tersenyum...
di depan org yg kita cintai, lidah kelu berkata-kata..
di depan org yg kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...
di depan org yg kita cinta, kita malu..
di depan org yg kita suka, kita tunjukkan imej yg sebenar....
kita tidak boleh merenung mata org yg kita cinta....
tapi kita selalu merenung mata org yg kita suka.....
bila org yg kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
tapi bila org yg kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira..
perasaan cinta bermula dari mata..
perasaan suka bermula dari telinga....
jadi, jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi air mata
jika kita berhenti menyukai seseorang yg kita suka,
umpama kita membuang telinga kita.............
setiap orang akan mengalami seperti ini dalam hidup mereka....
p/s:hanya buat renungan...
Posted by ciciku at 8:07 PM 0 comments
Labels: ayat2 cinta








